Friday, 29 July 2011

lahanat..

bulan pose dh nk dekat...gua lau pose ni, mmg suke..haha

jgn la ade setan nk goda gua sblum pose ni..

Friday, 22 July 2011

benak gua berteori serius..kadang2

SEJAUH MANA WAJARNYA MAHASISWA BERPOLITIK?



Oleh Wan Mohd Izzat Wan Mohd Khalik

isaac_holic@yahoo.com





Berpolitik di kampus dalam kalangan mahasiswa telah menjadi satu budaya. Jika salah, tidak akan ada istilah kemenangan bagi prokerajaan ataupun propembangkang. Mahasiswa kini telah menyerap budaya politik partisan dalam diri mereka. 

Jika dilihat barisan ahli politik perdana dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, segelintir daripada mereka itu adalah produk dari arena politik di kampus. Hal ini membuktikan bahawa mahsiswa juga perlu didedahkan dengan suasana politik benar tanpa sebarang kekangan. 

Kebebasan mahasiswa untuk berpolitik kini terbatas dengan adanya peruntukan undang-undang seperti Akta 174, Akta Universiti dan Kolej (AUKU) (Pindaan 2009), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009). 

Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal berpendapat bahawa kerajaan harus toleransi dengan memberi peluang dan pendedahan yang holistik kepada mahasiswa untuk memacu kepimpinan diri di alam kampus sekiranya mahu melihat barisan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang berkualiti, efektif dan berketrampilan tinggi. 

Ruang kematangan bagi mahasiswa hari ini seolah-olah telah disempitkan. Institusi pendidikan tinggi ini seolah-olah hanya perlu berperanan seperti institusi pendidikan. Hanya berperanan untuk menyampaikan ilmu dan ia akan dinilai kematangan dan kecerdikannya melalui peperiksaan di akhir semester. Jika itu yang menjadi asas bahan acuan ini, jangan mengharap produk yang dihasilkan lebih berkualiti dan mempunyai pelbagai fungsi. 

Ramai yang masih berpendapat bahawa kerajaan hanya menyediakan ruang lingkup yang terhad untuk mahasiswa terlibat dalam kancah politik. Kesannya, negara akan ketandusan bakat kepimpinan yang akan memacu negara ke tahap yang lebih dinamik dan berjaya. 

Segelintir pemimpin kerajaan berpendapat bahawa mahasiswa tidak perlu didedahkan dengan corak politik perdana kerana mereka mungkin akan mengeksploitasikan kesempatan yang diberikan sekiranya berpihak kepada pembangkang. 

Ini kerana sisi negatif mengenai isu ini lebih banyak ditonjolkan. Namun, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pernah melontarkan pendapat beliau bahawa mahasiswa wajar diberikan ruang untuk berpolitik. 

Beliau dalam isu ini berpandangan bahawa batasan yang telah ditetapkan kepada mahasiswa untuk berpolitik sememangnya harus dibincangkan semula di dalam satu diskusi yang sulit. Hal ini kerana mahasiswa merupakan perintis kepada kepimpinan negara kelak. Mahasiswa berhak untuk didedahkan dengan gaya politik perdana agar mereka tidak mengalami kejutan jika menyertai arena politik kelak. 

Jika dipantau prestasi mahasiswa kini, mereka kurang berminat untuk menceburi bidang politik. Lihat sahaja peratusan golongan mereka yang keluar mengundi pada musim pilihan raya umum. Mereka lebih gemar membisukan diri dalam hal-hal berkaitan politik sedangkan negara kini memerlukan golongan mereka sebagai pelapis pemimpin. 

Persatuan ataupun pertandingan debat dan pidato di institusi pengajian awam mahupun swasta juga dilihat suram. Hanya segelintir mahasiswa sahaja yang menyertai persatuan sebegini. Jika dibandingkan dengan negara lain, para mahasiswa mereka lebih lantang bersuara dalam segala aspek untuk mempertahankan hak mereka. 

Penglibatan mahasiswa dengan pidato sebenarnya boleh melahirkan ikon pemidato yang hebat dan mapan. Ahli politik perlu memiliki kebolehan berpidato di khalayak ramai apatah lagi dalam tempoh mereka untuk berkempen. Kata-kata seorang pemidato hebat seperti Tun Mahathir, Barrack Obama, Fidel Castro dan Sukarnoe sudah tentu mampu menggamit perhatian jutaan pendengar. 

Jika mahasiswa ini diberikan ruang oleh kerajaan untuk berpolitik di kampus tanpa batasan, mungkin sudut pidato dan debat ini akan bernafas semula dan penuh dengan warna. Mungkin juga suatu hari nanti akan wujud sisi kontra antara pihak-pihak melontarkan pendapar mereka di pentas pidato ini. 

Mahasiswa juga akan lebih matang dalam mentadbir majlis perwakilannya sekali gus mantap dalam menjalankan tugas portfolio dan tugasan diploma ataupun ijazah. 

Secara faktanya, universiti merupakan satu institusi sosial yang berperanan penting dalam membentuk dan menurunkan nilai norma yang akan dipraktiskan oleh golongan yang menuntut di dalamnya. 

Peranan ini seharusnya dilihat dan diambil secara universal. Ia bukan sekadar menjadi institusi yang melahirkan produk-produk yang akan diguna pakai oleh para majikan. Produk-produk ini juga seharusnya berfungsi dalam memberi manfaat kepada masyarakat di sekelilingnya. 

Jika mereka didedahkan dengan politik pada usia yang lebih muda, mereka akan lebih bersiap sedia untuk meredah liku-liku kehidupan kelak, terutamanya dalam profession yang mereka ceburi kelak. Bukan hanya politik mengajar mereka ciri kepimpinan, malah membentuk keperibadian mereka secara mendalam. 

Dalam konteks perbincangan ini, mahasiswa dilihat lebih gemar untuk mengambil sikap terbuka di mana mereka hanya mengikut arahan dari kerajaan. Mereka seolah-olah hanya berpolitik di dalam kampus secara terpaksa. Hanya kerana mereka tahu bahawa mereka hampir sama dengan boneka di dalam kampus, tanpa memperoleh impak yang besar dalam diri mereka. 

Masyarakat meletakkan harapan dan impian yang tinggi terhadap golongan muda yang ada pada era ini. Kematangan mahasiswa untuk memainkan peranan yang sejajar dengan ketinggian ilmu yang ada amatlah diraikan oleh semua golongan. Nilai modal insan yang tinggi mampu mengubah paradigma dan masa depan negara. Peralihan tampuk kepimpian negara kelak juga bergantung pada tahap minda kreatif dan kritis meraka, di samping keberanian memerintah negara majmuk seperti Malaysia.

Tuesday, 19 July 2011

tiba-tiba gua rasa.....

angin Germany datang...tiba2 gua rase tringat kt mmbe gua,Tn.Shahrul Faizal (kuja).

lame gile babas xjumpa die..lau gua jmpa, gua nk mnta 1 je request..

*gua nk ais kepal dari Germany...hahhah

tewas? tak pernah

cuba selongkar rasa di dada gua
penuh dengan fakta dunia, firman-firman-Nya

gua selam, gua patuh, gua selitkan..pada setiap celahan masa
ada ketika gua pantas, ada ketika gua kelam
namun tak wujud dlm diari si jantan ini untuk undur, untuk pamit

ada masa gua di pandang, ada masa gua di cemuh oleh lalang-lalang hipokrit
gua tak gentar.

hidup ini hanya sandar pada berani, hanya jejak pada janji, hanya pusing pada benak

gua sentuh jambang, gua belai janggut.....

layan embun pagi mmg menikam sampai sum2....

gua pnaskan Nescafe 3in1...perghh!!

gua angkat kaki, ltak atas beranda.....

gua fikir dia.....

Monday, 18 July 2011

rintih-rintih dari gua.

usah gusar jika dia berlari keseorangan, krna matanya langsung tak toleh ke belakang melihat kelibat ku

biarkn cebis2 nostalgia itu hilang....krna kekosongan ku akn jua di isi

di dadaku kencang, di mataku terang, di kaki ku longlai melihat kau melayang melayan dunia

hmm..

gua pesan, lu xdgr....
gua ckp, lu wat xkesah
dh besar...lu pikir sndiri...

Sunday, 17 July 2011