Monday, 14 November 2011

Bingit Kota Anak Muda

Neon di kota menerangi malam
Haru-biru  dengan tompok-tpmpok anak muda
Mencari jalan pulang, mencari jalan keluar
Jalan lurus telah mereka simpangkan
Lorong terang telah jua mereka kelamkan

Ke sana dan ke mari, mereka berlari
Kotak fikir mereka dihantui gelak ketawa
Hanya elibat mereka di kota metropolitan
Mencari kemewahan, mencari kepuasan
Namun yang dapat hanyalah kesengsaraan dan jalan songsang

Tiada pemisah antara mereka
Syaitan pendamping malam dan siang
Berkelana kamu wahai anak muda
Dabiklah dada sementara dunia masih bernyawa
Namun jangan pernah sesekali kau ucap yang kau tak beragama

Wujudnya permulaan ada juga pengakhiran
Masa berlalu tak undur ke belakang
Ingat lah pesan si tua kepadamu
nafsu yang dimanja, binasa kamu tak bernilai

Perit

Tak pernah ku pinta tuk bermandikan embun
Kerna ku hanya layak dengan sepalit lumpur
Tak pernah ku pinta tuk dibasahi dengan kasih
Kerna ku hanya layak dengan kata dusta

Hidupku bagai tak berpelita
Hidupku sunyi tanpa kata-kata
Hidupku umpama tunggul keseorangan
Hidupku bingit dengan caci-maki meraka

Aku kah yang digelar manusia? aku kah pendeta?
Kau tak pernah berkata, tapi aku yang merasa
Tujuh hari ku renangi airmata ku sendiri
Tujuh malam jua ku tak temu dengan lena
Tujuh pelita ku lintasi, namun cahaya tak kunjung tiba

Thursday, 10 November 2011

hanyutkan sisa-sisa masa lapang di bumi Kelantan

tinggal 8 hari saja lagi gua ada di Kelantan.Harap hari Jumaat ni gua dpt jumpa seseorang.
gua kna ada azam baru. gua kna jaga seseorang tu baik2.

Malakasialakandatang..!!!

Sunday, 6 November 2011

ADUN Kemuning sempurnakan ibadah korban Aidiladha


TENANG. Ustaz Pi sempurnakan ibadah korban sambil dibantu penduduk setempat



Oleh Wan Mohd  Izzat Wan Mohd Khalik
isaac_holic@yahoo.com

MACHANG: Ibadah korban di Kampung Bukit Bakar yang bermula sejurus selepas selesai solat sunat Aidiladha telah disempurnakan dengan jayanya oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemuning, Haji  Wan Ahmad Lutfi B. Wan Sulaiman.

ADUN Kemuning yang lebih selesa dengan nama sapaan Ustaz Pi telah menyempurnakan beberapa ibadah korban bagi penduduk di sekitar Machang.

“Peluang kita sebagai umat Islam untuk menunaikan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10 hingga 13 Zulhijjah seharusnya tidak dilepaskan.

“Umat Islam di seantero dunia hari ini gembira menyambut hari raya Aidiladha, yang mana mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t ,” kata Ustaz Pi.

Acara korban yang berlangsung di sini disempurnakan bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 12.45 tengahari.

Menurut salah seorang penduduk di sini, mereka berasa sangat gembira dengan kehadiran Ustaz Pi dan ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang prihatin dan berjiwa rakyat.

Sebelum itu, Ustaz Pi juga telah mengimamkan solat sunat Aidiladha dan juga menyampaikan khutbah di Masjid Yakubiah Mukim Baka bersama dengan masyarakat setempat.

Hari raya Aidiladha pada tahun 2011 ini telah dirayakan pada tanggal 6 November, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432.