Sunday, 6 November 2011

ADUN Kemuning sempurnakan ibadah korban Aidiladha


TENANG. Ustaz Pi sempurnakan ibadah korban sambil dibantu penduduk setempat



Oleh Wan Mohd  Izzat Wan Mohd Khalik
isaac_holic@yahoo.com

MACHANG: Ibadah korban di Kampung Bukit Bakar yang bermula sejurus selepas selesai solat sunat Aidiladha telah disempurnakan dengan jayanya oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemuning, Haji  Wan Ahmad Lutfi B. Wan Sulaiman.

ADUN Kemuning yang lebih selesa dengan nama sapaan Ustaz Pi telah menyempurnakan beberapa ibadah korban bagi penduduk di sekitar Machang.

“Peluang kita sebagai umat Islam untuk menunaikan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10 hingga 13 Zulhijjah seharusnya tidak dilepaskan.

“Umat Islam di seantero dunia hari ini gembira menyambut hari raya Aidiladha, yang mana mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t ,” kata Ustaz Pi.

Acara korban yang berlangsung di sini disempurnakan bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 12.45 tengahari.

Menurut salah seorang penduduk di sini, mereka berasa sangat gembira dengan kehadiran Ustaz Pi dan ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang prihatin dan berjiwa rakyat.

Sebelum itu, Ustaz Pi juga telah mengimamkan solat sunat Aidiladha dan juga menyampaikan khutbah di Masjid Yakubiah Mukim Baka bersama dengan masyarakat setempat.

Hari raya Aidiladha pada tahun 2011 ini telah dirayakan pada tanggal 6 November, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432.

No comments:

Post a Comment