Monday 14 November 2011

Bingit Kota Anak Muda

Neon di kota menerangi malam
Haru-biru  dengan tompok-tpmpok anak muda
Mencari jalan pulang, mencari jalan keluar
Jalan lurus telah mereka simpangkan
Lorong terang telah jua mereka kelamkan

Ke sana dan ke mari, mereka berlari
Kotak fikir mereka dihantui gelak ketawa
Hanya elibat mereka di kota metropolitan
Mencari kemewahan, mencari kepuasan
Namun yang dapat hanyalah kesengsaraan dan jalan songsang

Tiada pemisah antara mereka
Syaitan pendamping malam dan siang
Berkelana kamu wahai anak muda
Dabiklah dada sementara dunia masih bernyawa
Namun jangan pernah sesekali kau ucap yang kau tak beragama

Wujudnya permulaan ada juga pengakhiran
Masa berlalu tak undur ke belakang
Ingat lah pesan si tua kepadamu
nafsu yang dimanja, binasa kamu tak bernilai

Perit

Tak pernah ku pinta tuk bermandikan embun
Kerna ku hanya layak dengan sepalit lumpur
Tak pernah ku pinta tuk dibasahi dengan kasih
Kerna ku hanya layak dengan kata dusta

Hidupku bagai tak berpelita
Hidupku sunyi tanpa kata-kata
Hidupku umpama tunggul keseorangan
Hidupku bingit dengan caci-maki meraka

Aku kah yang digelar manusia? aku kah pendeta?
Kau tak pernah berkata, tapi aku yang merasa
Tujuh hari ku renangi airmata ku sendiri
Tujuh malam jua ku tak temu dengan lena
Tujuh pelita ku lintasi, namun cahaya tak kunjung tiba

Thursday 10 November 2011

hanyutkan sisa-sisa masa lapang di bumi Kelantan

tinggal 8 hari saja lagi gua ada di Kelantan.Harap hari Jumaat ni gua dpt jumpa seseorang.
gua kna ada azam baru. gua kna jaga seseorang tu baik2.

Malakasialakandatang..!!!

Sunday 6 November 2011

ADUN Kemuning sempurnakan ibadah korban Aidiladha


TENANG. Ustaz Pi sempurnakan ibadah korban sambil dibantu penduduk setempat



Oleh Wan Mohd  Izzat Wan Mohd Khalik
isaac_holic@yahoo.com

MACHANG: Ibadah korban di Kampung Bukit Bakar yang bermula sejurus selepas selesai solat sunat Aidiladha telah disempurnakan dengan jayanya oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemuning, Haji  Wan Ahmad Lutfi B. Wan Sulaiman.

ADUN Kemuning yang lebih selesa dengan nama sapaan Ustaz Pi telah menyempurnakan beberapa ibadah korban bagi penduduk di sekitar Machang.

“Peluang kita sebagai umat Islam untuk menunaikan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10 hingga 13 Zulhijjah seharusnya tidak dilepaskan.

“Umat Islam di seantero dunia hari ini gembira menyambut hari raya Aidiladha, yang mana mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t ,” kata Ustaz Pi.

Acara korban yang berlangsung di sini disempurnakan bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 12.45 tengahari.

Menurut salah seorang penduduk di sini, mereka berasa sangat gembira dengan kehadiran Ustaz Pi dan ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang prihatin dan berjiwa rakyat.

Sebelum itu, Ustaz Pi juga telah mengimamkan solat sunat Aidiladha dan juga menyampaikan khutbah di Masjid Yakubiah Mukim Baka bersama dengan masyarakat setempat.

Hari raya Aidiladha pada tahun 2011 ini telah dirayakan pada tanggal 6 November, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432.

Thursday 20 October 2011

Oktober 2011 yang sial

ini bulan spatutnya gua pling suke sbb bday gua.
tp gua heran apesal gua rase bulan ni pling sial dlm 2011 ni.
bnyak kali gua kusut bulan ni. bnyak hal timbul.pening gua

tp tanggal kelahiran gua ade lg 2 hari. gua xharapkan ape2 material, tp gua tagihkan kepercayaan seseorang terhadap gua. itu je yang gua nak.

Wednesday 19 October 2011

Pantang gua kalau......

gua mmg nmpak jhat tp hati gua xla sgt. gua xkesah kalau sesape nk kutuk gua depan2. xkesah kalau nk bising tepi tlinga gua. xkesah kalau lu orang nk main kotor ngan gua.

gua ad diri gua sdiri. gua rase gua tau mane yg slah dn mane yg btol.nk ajar gua boleh, tp agak2 ckit la..lu sama umur dgn gua tp ajar gua mcm lu nk ajar budak hingus. lu cermin diri lu, lu tgok kiri kanan depan blakang lu, ade bayang ke tak..? klu lu mmg jd dri lu sdiri, bru gua dgr sebijik2 ape lu ajar gua

gua mmg slalu kering poket, tp gua xpnah kring otak. gua pantang org ckp gua bodoh. tukang kebun pun ade otak bro..diorang tak bodoh! xde manusia bodoh dlam dunia ni.yg ade cuma kelakuan manusia yg kadang2 menampakkan kebodohan. tp bile org ckp gua bodoh, mmg gua nk ajr lu..sbb lu pun bodoh!!

klau gua bleh hormat orng, knapa lu xleh nk hormat gua? hormat bkn maksud smpai lu dtg sujud kaki gua. hormat mulut pn dh  kire ok maaa.. jgn smpai gua jd xhormat lu jgak. lu ade otak lu pikir..lu ade mak bapak, lu blaja hormat diorang kalau lu org xnk jd mcm setan.

Friday 14 October 2011

gua bukan jenis K-Nova

gua bukan kaki ayat pompuan, sbb tu gua asyik lyn sorang2
gua xd ayat manis nk pujuk awek, sbb tu asyik kna maki kna reject
gua xnk pretend to be good guy dpn pompuan, sbb tu pompuan tgok gua mcm setan
tp gua ikhlas nk syg seseorang, sbb tu mmg gua target die sorang..

*ni bukan pantun Melayu bro. ni gurindam org tgh tensen..ahha

Wednesday 12 October 2011

monolog pagi hari

-- - - - -

gua pikir nk bg die happy, gua buat ke tak?
gua tenung daun pokok, gua tny dlm hati.
klau tiada angin, manakan pokok itu bergoyang.?tp knapa daun itu lembut n trut brgoyang?


-- -- --
karena bagi gua, daun beri peluang untuk angin gembira.

GILA. MONOLOG SI GILA

Ella & Awie - baldu biru

Tuesday 11 October 2011

Parasit Metropolitan

Masa berlalu kabus membeku
Semerbak baunya harum bagiku
Mahu ku capai nikmat sementara
Tapi arah tujunya Neraka

Godaan bunga dengan kata-kata
Kau jemput ku pulang entah ke mana
Tiba masa engkau terjah dan bersuka
Jadilah ku si kumbang hitam bermata buta

Metropolitan ranjang khayalan
Parasit dunia syurga jelmaan
Esok lusa kau pilih lah jalan
Bercabang lurus banyak pilihan

Celik matamu si kumbang hitam
Jangan kau undur bila kau di depan
Putihkan jiwa palsukan kenangan

*lagu gua karang bait2 sarcastic ni...untuk band gua yg lame.

Imaginisasi

Engkau anggap diriku hina
Kau juga sama
Jalan salah yang tlah ku redah 
Kau tak berkata apa
Ada juga ku terlihat
Lirikan matamu
Sama rasa sama inginmu
Kau pun begitu

Kita lahir tiada berbeda
Sama sahaja
Dunia takkan kekal selamanya
Abadi hanya di mata
7 langit ku dah berkelana
Imaginasi ku leka
7 hariku bagaikan sama
Setahun lama di syurga

Thursday 6 October 2011

separuh hati gua gua bela, separuh hati gua milik dia

dari 1/10/2011 hingga detik ini....

salam...
gua jejak kaki di bumi Machang tepat pada hari 1 oktober 2011. .berat hati gua nk tggal sahabat di Melaka tapi apa nk buat.gua  tpaksa. sampai rumah pun, xd sape2 kcuali mak bapak kakak gua...mmbe semua blum cuti..karat habis otak gua pk mase kosong.

hati gua sebelah dh jauh kna tggal..ade org yg dh ambik. dh jadi milik die pun. lame jgak gua kna bpisah dri hati gua yug sbelah lg tu.. mau x mau, hadap la labu.....

gua cadang nk cri job la cuti ni...and nk cari ilham..nak buat something yg ad benefit, profit and semestinya bukan jd pelesit and parasit.!!

Friday 2 September 2011

gua pikir pasal esok, gua jd gila !

assalamualaikum brader2...haha

aduh...ari ni last day gua duk umah kt Kelantan. Besok, gua gerak balik Melaka. Celaka ! gua baru nk dpt sepoi2 angin Kelnatan, dh plak kna pegi Melaka. attooii.

Bila pikir pasal nk drive kereta balik sane, kusut.! 7 jam tuan-tuan puan-puan..ni plak gua sorang yg bawak. nsib bek ade yg teman kt sebelah. :-)

Itu baru pikir drive,  blum ag gua kusut pk sal traffic..mmg sial la klu musim raya camni..
Tpi gua kna hadap jgak. sbb gua ade misi penting belum termakbul kt Melaka..!!

Wednesday 31 August 2011

Eid tahun ni, gua mmg pelik

pagi raye gua kali ni agak suram. sbb gua bgun lambat. gua leh padam lam masjid mase khutbah raye..truk2



Monday 29 August 2011

Eid' pertama bgi gua dan dia

assalamualaikum..hari ni gua mula sopan sbb besok nak raya :-)

td senja, gua jalan masuk bandar, gua pusing2 cari juadah berbuka. gua sempat toleh kiri, toleh kanan tengok kalau2 ade sahabat lame yang gua tak jumpa. tp takde..

gua bawak pelan2..gua saje makan angin. gua sampai satu gerai, gua beli kuih-muih...sbb ade org pesan. gua boring, gua u-turn sbb nk blik.

gua lalu dpan Mc'D...terdetik dalam benak gua...gua ade jnji nk bwak die mkn GCB...haha..tp gua xsempat. tersengih gua sorang2 lam kete.

esok 30 August 2011, hari raya Aidilfitri. tp gua xberaya ngan die sbb umah xsebumbung.haha...tggu lagi 6 tahun baru kitorang duduk sebumbung.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua teman2 gua..yg jauh, yg dkat, yang lama, yang baru, yang ada atau pun yang sudah tiada.. Mohon maaf dari hati jika ada yg terguris, terlepas kata, terkasar bicara, terpandang tak lena..haha. Maaf Zahir dan Batin..

Friday 29 July 2011

lahanat..

bulan pose dh nk dekat...gua lau pose ni, mmg suke..haha

jgn la ade setan nk goda gua sblum pose ni..

Friday 22 July 2011

benak gua berteori serius..kadang2

SEJAUH MANA WAJARNYA MAHASISWA BERPOLITIK?



Oleh Wan Mohd Izzat Wan Mohd Khalik

isaac_holic@yahoo.com





Berpolitik di kampus dalam kalangan mahasiswa telah menjadi satu budaya. Jika salah, tidak akan ada istilah kemenangan bagi prokerajaan ataupun propembangkang. Mahasiswa kini telah menyerap budaya politik partisan dalam diri mereka. 

Jika dilihat barisan ahli politik perdana dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, segelintir daripada mereka itu adalah produk dari arena politik di kampus. Hal ini membuktikan bahawa mahsiswa juga perlu didedahkan dengan suasana politik benar tanpa sebarang kekangan. 

Kebebasan mahasiswa untuk berpolitik kini terbatas dengan adanya peruntukan undang-undang seperti Akta 174, Akta Universiti dan Kolej (AUKU) (Pindaan 2009), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009). 

Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal berpendapat bahawa kerajaan harus toleransi dengan memberi peluang dan pendedahan yang holistik kepada mahasiswa untuk memacu kepimpinan diri di alam kampus sekiranya mahu melihat barisan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang berkualiti, efektif dan berketrampilan tinggi. 

Ruang kematangan bagi mahasiswa hari ini seolah-olah telah disempitkan. Institusi pendidikan tinggi ini seolah-olah hanya perlu berperanan seperti institusi pendidikan. Hanya berperanan untuk menyampaikan ilmu dan ia akan dinilai kematangan dan kecerdikannya melalui peperiksaan di akhir semester. Jika itu yang menjadi asas bahan acuan ini, jangan mengharap produk yang dihasilkan lebih berkualiti dan mempunyai pelbagai fungsi. 

Ramai yang masih berpendapat bahawa kerajaan hanya menyediakan ruang lingkup yang terhad untuk mahasiswa terlibat dalam kancah politik. Kesannya, negara akan ketandusan bakat kepimpinan yang akan memacu negara ke tahap yang lebih dinamik dan berjaya. 

Segelintir pemimpin kerajaan berpendapat bahawa mahasiswa tidak perlu didedahkan dengan corak politik perdana kerana mereka mungkin akan mengeksploitasikan kesempatan yang diberikan sekiranya berpihak kepada pembangkang. 

Ini kerana sisi negatif mengenai isu ini lebih banyak ditonjolkan. Namun, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pernah melontarkan pendapat beliau bahawa mahasiswa wajar diberikan ruang untuk berpolitik. 

Beliau dalam isu ini berpandangan bahawa batasan yang telah ditetapkan kepada mahasiswa untuk berpolitik sememangnya harus dibincangkan semula di dalam satu diskusi yang sulit. Hal ini kerana mahasiswa merupakan perintis kepada kepimpinan negara kelak. Mahasiswa berhak untuk didedahkan dengan gaya politik perdana agar mereka tidak mengalami kejutan jika menyertai arena politik kelak. 

Jika dipantau prestasi mahasiswa kini, mereka kurang berminat untuk menceburi bidang politik. Lihat sahaja peratusan golongan mereka yang keluar mengundi pada musim pilihan raya umum. Mereka lebih gemar membisukan diri dalam hal-hal berkaitan politik sedangkan negara kini memerlukan golongan mereka sebagai pelapis pemimpin. 

Persatuan ataupun pertandingan debat dan pidato di institusi pengajian awam mahupun swasta juga dilihat suram. Hanya segelintir mahasiswa sahaja yang menyertai persatuan sebegini. Jika dibandingkan dengan negara lain, para mahasiswa mereka lebih lantang bersuara dalam segala aspek untuk mempertahankan hak mereka. 

Penglibatan mahasiswa dengan pidato sebenarnya boleh melahirkan ikon pemidato yang hebat dan mapan. Ahli politik perlu memiliki kebolehan berpidato di khalayak ramai apatah lagi dalam tempoh mereka untuk berkempen. Kata-kata seorang pemidato hebat seperti Tun Mahathir, Barrack Obama, Fidel Castro dan Sukarnoe sudah tentu mampu menggamit perhatian jutaan pendengar. 

Jika mahasiswa ini diberikan ruang oleh kerajaan untuk berpolitik di kampus tanpa batasan, mungkin sudut pidato dan debat ini akan bernafas semula dan penuh dengan warna. Mungkin juga suatu hari nanti akan wujud sisi kontra antara pihak-pihak melontarkan pendapar mereka di pentas pidato ini. 

Mahasiswa juga akan lebih matang dalam mentadbir majlis perwakilannya sekali gus mantap dalam menjalankan tugas portfolio dan tugasan diploma ataupun ijazah. 

Secara faktanya, universiti merupakan satu institusi sosial yang berperanan penting dalam membentuk dan menurunkan nilai norma yang akan dipraktiskan oleh golongan yang menuntut di dalamnya. 

Peranan ini seharusnya dilihat dan diambil secara universal. Ia bukan sekadar menjadi institusi yang melahirkan produk-produk yang akan diguna pakai oleh para majikan. Produk-produk ini juga seharusnya berfungsi dalam memberi manfaat kepada masyarakat di sekelilingnya. 

Jika mereka didedahkan dengan politik pada usia yang lebih muda, mereka akan lebih bersiap sedia untuk meredah liku-liku kehidupan kelak, terutamanya dalam profession yang mereka ceburi kelak. Bukan hanya politik mengajar mereka ciri kepimpinan, malah membentuk keperibadian mereka secara mendalam. 

Dalam konteks perbincangan ini, mahasiswa dilihat lebih gemar untuk mengambil sikap terbuka di mana mereka hanya mengikut arahan dari kerajaan. Mereka seolah-olah hanya berpolitik di dalam kampus secara terpaksa. Hanya kerana mereka tahu bahawa mereka hampir sama dengan boneka di dalam kampus, tanpa memperoleh impak yang besar dalam diri mereka. 

Masyarakat meletakkan harapan dan impian yang tinggi terhadap golongan muda yang ada pada era ini. Kematangan mahasiswa untuk memainkan peranan yang sejajar dengan ketinggian ilmu yang ada amatlah diraikan oleh semua golongan. Nilai modal insan yang tinggi mampu mengubah paradigma dan masa depan negara. Peralihan tampuk kepimpian negara kelak juga bergantung pada tahap minda kreatif dan kritis meraka, di samping keberanian memerintah negara majmuk seperti Malaysia.

Tuesday 19 July 2011

tiba-tiba gua rasa.....

angin Germany datang...tiba2 gua rase tringat kt mmbe gua,Tn.Shahrul Faizal (kuja).

lame gile babas xjumpa die..lau gua jmpa, gua nk mnta 1 je request..

*gua nk ais kepal dari Germany...hahhah

tewas? tak pernah

cuba selongkar rasa di dada gua
penuh dengan fakta dunia, firman-firman-Nya

gua selam, gua patuh, gua selitkan..pada setiap celahan masa
ada ketika gua pantas, ada ketika gua kelam
namun tak wujud dlm diari si jantan ini untuk undur, untuk pamit

ada masa gua di pandang, ada masa gua di cemuh oleh lalang-lalang hipokrit
gua tak gentar.

hidup ini hanya sandar pada berani, hanya jejak pada janji, hanya pusing pada benak