Thursday, 26 May 2011

satu 99 X..langkah kanan

assalamualaikum...

ntah ape plak mlm ni gua tepikir nk review pasal band mmbe baik gua ni, 199X.
genre smestinya punk rock. satu-satunya band yang gua rapat dgn semua bandmates.
raja, where, jow, ajex....anak muda (walaupun gua xconfirm umo diorang bape) ade gugus-gugus idea yang boleh bercambah sekiranya wujud persefahaman. Bagi gua, 199X terserlah dari segi karisma sbgai 'punk-rockers'. Jelas bagi gua mereka nmpak sebati dengan dunia ini.

Kebolehan mereka bermuzik ini mmg gua tak berani nk explain. sbb gua xsehebat mereka. Raja (gitaris) bg gua seorang yg perfectionist dlm hal-hal muzik. tahap penguasaan nya terhadap handling guitar sgt baik... die 'mesra' dengan gitarnya. nmpak kematangan dalam skills dan experience, tambahan pula pd usia belasan tahun,

Jow, bassist yg gua rse berasal dri genre metal, sangat baik dari segi co-operation. gua tgok die mcm manusia xbnyak dose. punk-rocker ade iman kot.

Ajex dari segi idea sangat extra-ordinary...idea2 nya pelik dan juga kreatif. seorang pemuzik yg penuh dengan confident. Jarang tgok Ajex kusut idea. Dari segi vokal, sederhana bagi gua. Sbb gua rasa, vokalnya tidak terlalu solid sehinggakan kdg2 kdengaran sperti meniru. tapi gua yakin, Ajex akan dapat mencari identiti vokal yang tersendiri kelak. dari segi style, beliau boleh diijazahkan sebagai punkers sejati !

Where, teman baik gua....gua anggap sbg abg tp gua blagak mcm kawan. Style semasa performing yg sgt energetic. Tenaga yang luar biasa....ideanya juga kadang2 gile, tp unik. Kidal !

So, mereka ksemua ade talent in composing song. gua ade kebanyakan lagu diorang. bagi gua stakat ni, lagu 20 Minutes Ago adalah yg terbaeeekk... baik tu bmaksud dari segi arrangement. Bila dgr, dpt rsekan kematangan dan kreativiti dalam lagu...unik!

Namun, bg gua, 199X harus selitkan idea2 yang lebih modern dan bijak dalam penghasilan karya mereka kerana bg gua, nk survive dlam industry di Malaysia perlu Up-To-Date.... kita perlu follow minda masyarakat..terutama minda anak muda..199X perlu manage band mereka dan cuba dapatkan kelompok fans yang mmg btul2 Hard Die Fans. So, 199X akan dilihat lebih diterima.

gua harap 199X dapt sokongan dari masyarakat luar dari Kelantan kerana bg gua, idea mereka harus diwar-warkan lebih luas agar karya mereka tidak melantun  hanya dalam tembok negeri sendiri...199X great !

*gua dpt tahu...Exhale It Look A Like pun best jgak...layan la


No comments:

Post a Comment