Tuesday, 11 October 2011

Parasit Metropolitan

Masa berlalu kabus membeku
Semerbak baunya harum bagiku
Mahu ku capai nikmat sementara
Tapi arah tujunya Neraka

Godaan bunga dengan kata-kata
Kau jemput ku pulang entah ke mana
Tiba masa engkau terjah dan bersuka
Jadilah ku si kumbang hitam bermata buta

Metropolitan ranjang khayalan
Parasit dunia syurga jelmaan
Esok lusa kau pilih lah jalan
Bercabang lurus banyak pilihan

Celik matamu si kumbang hitam
Jangan kau undur bila kau di depan
Putihkan jiwa palsukan kenangan

*lagu gua karang bait2 sarcastic ni...untuk band gua yg lame.

No comments:

Post a Comment